Monday, June 30, 2008

Satu minggu yang sibuk...

Terlebih dahulu tahniah pada adik-adik yang berjaya sambung study,,
tp yang letihnya tok penghulu la,,hari-hari ada yang mai nak cop sijil, minta jadi saksi perjanjian,,
nak buat camnerkan,,"Saya yang menurut perintah"
celah-celah tu duk kalut nak lantik ketua kampung baru ganti JKKK lama, maklumle kan kerajaan negeri la ni P.A.S...kena ikut je la.
duk belum kira kalut duk masuk dusun orang nak cari durian,,,
mai le relau ni, buah tengah menjadi,,makan sampai demam.
Sapa-sapa yang cadang pi sedim 27hb ni untung la, kena musim buah lak tu.
Kita jumpa di sana,,,

Tuesday, June 24, 2008

Mana Idea Ni...

dah seminggu dah duk perah otak,,

taktau nak tulis apa...no idea...

jeles baca blok kawan2...hari2 leh update,

idea yang mai semua serius2, nanti bosan lak nak baca..

cerita pasal minyak,,nanti kena marah lak.

cerita pasal anak,,,,masih lum nak bertambah lagi..

pasal koje,,,gaji tak naik-naik lagi pun..


layan gambor ni dah la...

antara kepandaian dinnie yang diwarisi oleh babahnya,
hehehe..

Saturday, June 14, 2008

Malaysia Hari Ini

Sana sini orang berbicara tentang fenomena kenaikan harga minyak. Harga minyak naik bermakna, harga barangan lain juga turut naik. Berapa ramai yang berfikiran positif mengenai kenaikan ini? Bukankah segalanya ketentuan Allah SWT. Dan bukankah segala kejadian mempunyai hikmahnya. Rasanya semuanya sudah tahu bahawa rezeki masing-masing telah tertulis sejak ditulis di Luf Mahfuz lagi, Cuma peranan kita sahaja untuk meneroka dan berusaha untuk menghasilkan rezeki yang telah dijanjikan kepada Allah kepada kita. Pastinya Allah tidak akan menganiayakan hamba-Nya. Ini hanyalah sedikit ujian dan dugaan yang diberikan oleh-Nya agar kita bersyukur kepada segala kemudahan dan kenikmatan yang diperolehi selama ini.
Selama ini kita sering dilalaikan dengan kemudahan dan kesenangan yang berlimpah ruah. Hiburan menjadi pilihan harian. Hari ini AF, esok JomHeboh, lusa belum tahu lagi dan akhirnya penghuni masjid dan surau hanya tinggal golongan yang hanya menunggu masa dijemput ajal.
Jadi, patutkan kita yang beragama Islam ini turut sama merungut dengan kenaikan ini, sama-sama memprotes dan membuat perhimpunan yang tiada penyelesaian dan tidak dapat mengubah apa-apa??
Seperti kata Nabil.... “Lu fikirlah sendiri!”

Tuesday, June 10, 2008

Suatu Perjalanan

Hidup ini sentiasa penuh dengan perjalanan.

29-31 Mei 2008 -Langkawi
2-4 Jun 2008 - BTN Kulim
6-7 Jun 2008 - Gerik

Jauh perjalanan, luas permandangan, bertambah pengalaman. Terkenang zaman kegemilangan masa UUM dahulu. Banyak pulau, sungai dan laut ditawan. Suatu tempoh yang mengajar erti kehidupan dan persahabatan. Friend Forever!!!!
Sesuatu yang tak ternilai harganya. Kini, biarpun zaman sudah berubah, usia pun semakin beranjak pergi, perjalanan pasti tetap diteruskan walaupun rentaknya mungkin tidak sama tetapi destinasinya tetap sama, menuju ke arah kehidupan terbaik di dunia dan juga akhirat.
dulu babah & the geng pakai topi cina sayur ni,
la ni anak pulak berkenan nak pakai

Wednesday, June 4, 2008

Sahabat BTN ( 2- 4.6.08)

Dalam menempuh cabaran yang hebat dalammemperjuangkan nasib melayu hari ini, perlu lalui pelbagai perjalanan. Salah satu simpang yang perlu dimasuki ialah menjadi ahli keluarga Biro Tata Negara (BTN). Banyak la input yang masuk 3hari 2 malam kat BTN Kulim.Termasuk buat risikan di kampung-kampung menyiasat punca keputusan PRU ke 12 aritu. BTN buka suka-suka buat kursus macam ni, tapi demi masa depan orang melayu yang semakin hari semakin tercabar. Sahabat-sahabat BTN digerakkan untuk mengejutkan melayu daripada terus dibuai lena demi masa depan anak cucu kita. Biarpun sumbangan tidak banyak mana, tapi sekurang-kurangnya dapat membela nasib melayu dan agama Islam. ....

Sekali sekala serius le pulak....



gambor ni masa kat BTN Besut, tegok baju la, standard BTN, hitam putih