Tuesday, July 29, 2008

Sedim Dalam Kenangan

Biarpun apa yang dirancangkan tak begitu menjadi, reunion kat sedim tetap meriah, aku, shon dan jan je yang mai.
tree top walk, terjun titi cina, rafting, makan durian tetap jadi.
Yang lain mungkin sibuk dengan urusan masing-masing.
Cuma rugi le kepada sapa-sapa yang tak dapat join,tak tau betapa meriahnya hari tu,
pendek kata memang rugile. Tapi takpe, laim kali kita atur lain.kenangan di Titi Cina, Sedim

Thursday, July 24, 2008

Lagi Le Bangga

Masih lagi dengan perayaan jubli emas pemerintahan tuanku Sultan Kedah, kali ini lebih penting dan memerlukan komitmen yang tinggi.
MAJLIS SANTAPAN MALAM DIRAJA
Semua raja melayu yang datang dan terasa diri ini amat bertuah apabila ditugaskan mengiringi Sultan Selangor dan rombongan. berasale konvoi dengan motorkad sultan,siap dengan rider polis lagi, memang layanan tahap VVIP le. Siang sambut tuanku kat airport, pastu iring balik ke hotel.
Malamnya yang paling penting, acara kemuncak jubli emas. dapat le masuk sekali state bonquet tu, leh la tengok sultan-sultan termasuk Sultan Brunei dan dua permaisurinya. sambil dinner leh tengok Ruth Suhanaya menyanyi. tapi sebelum dinner abis kena keluar awal sebab nak kena standby kat airport, sultan selangor balik malam tu juga. pukul 2 pagi baru sampai hotel. Satu hari yang meletihkan tapi paling bermakna dalam hidup. tak dapat berkenalan dengan tuanku sultan, dapat berkawan dengan pegawai-pegawai kanan tuanku kira ok la.
dinner set, made in england

Wednesday, July 16, 2008

Bangganya........

Tak terkira betapa kembangnya idung dapat terpilih memasuki perarakan beristiadat sempena Perayaan Jubli Emas pemerintahan Tuanku Sultan Kedah yang ke 50tahun.

Dalam ribuan pegawai yang ada kat Kedah ni, cuma 150 orang je yang terpilih,

bangganya, bangganya..

Pastu kiri kanan jalan dekat 50k orang duk tengok, mau kena kontrol abis macho yang sedia macho ni..Sapa yang tengok tv tau le betapa meriahnya pagi tu.

Ada gajah, ada kuda, ada bantera selapis suasa..



Inilah saat paling manis sejak jadi penghulu ni. Sejarah ni takkan berulang dah, Agak-agak kita leh ke bertahan 50tahun lagi,,,,,?


p/s mana lebih ensem, penghulu ke gajah, hehehe

Sunday, July 13, 2008

Sejarah Tercipta


15 Julai 2008 merupakan hari paling bersejarah bagi negeri Kedah Darul Aman.

Pada tarikh ini lah genap 50 tahun pemerintahan KDYMM Tuanku Sultan Kedah. Sebulan negeri Kedah merayakan Sambutan Jubli Emas Pemerintahan Tuanku.

Pada pagi tu, sesapa yang ada Tv, leh la tengok ntv7 jam 8.30pagi, ada live perarakan bersama gajah, termasukla penghulu ni. Jangan lupa tengok

Friday, July 11, 2008

Rezeki-rezeki






Agak-agaknya le kan, berapa ramai bertuah berpejabat di rumah sendiri ( quaters kerajaan kira aci la). pastu ada pulak pokok buah sekeliling,kena dengan musim buah la ni,
tengokla rambutan ni, merah-merah, rapuh lak tu. dua bekas ni baru ambil kat satu dahan semalam, bayangkan hasilnya sebatang pokok, buah standard leh jual seikat Rm6, kira yang best le tu.
nak rasa ?
mai le ke mukim relau, bandar baharu, kedah

Friday, July 4, 2008

bermulanya sebuah kisah

pada suatu petang,

suami : syg, ingat lagi tak macamana kita kenal?
isteri : awat abg ni, duk tak duk, ingat cerita lama
suami : saje je, teringat kenangan lama. rasanya kalau member kita tak kenalkan mesti kita tak jumpa kan.
isteri : kat kedai abg tu le kita kenal kan. banyak rasanya jasa kedai tu kan.
suami : ya la, time tu kita dua, dua free, suka sama suka,kira on je la.
isteri : nak kata bercinta, sepanjang kita duk kawan tak pernah pun duk jiwang-jiwang, tau-tau abg ajak bertunang.
suami : abg rasa spageti ngan yang abg buat dan hantar kat kolej sayang dulu yang tackle sayang
isteri : ish abg ni, tp tak sangkakan abg pandai masak
suami : biasala..hehehe. (sambil menahan idung yang semakin kembang)
isteri : sat saja rasa, dh dekat 4 tahun kita kahwin kan, anak pun dah 2 tahun lebih.
suami : semoga kita berbahagia hingga akhir hayat..jom makan makaroni bakar abg buat tu.

tamat..

inilah para pelakonnya..jangan marah ye