Sunday, March 30, 2008

Pertemuan Bersejarah



Pertemuan Bersejarah.........

Buat pertama kalinya dalam sejarah YAB Menteri Besar Kedah, Ustaz Hj Azizan abd Razak telah sudi bertemu dan beramah mesra dengan penghulu-penghulu Negeri Kedah pada 30 Mac 2008, Siap lunch lagi..
Dan yang paling sejarah, Ucapan aluan Presiden Kesatuan penghulu/penggawa kedah telah dibuat oleh PENGHULU RELAU, aku le tu.. Ayat mau power beb, antara ayat power ialah

“Suka saya memaklumkan bahawa kesatuan penghulu/penggawa semenanjung caw negeri kedah berdiri teguh di belakang barisan pentadbiran negeri Kedah hari ini tanpa mencampuradukkan elemen kepartian, sesuai dengan konsep bekerja dengan government of the day. Seperti jentera kerajaan yang lain, penghulu-penghulu juga tiada masalah untuk menjalankan tugas dan bekerjasama dengan kepimpinan YAB Ustaz.”


Biasala ayat cari makan macam tu le,,,ikut keadaan semasa.
Tp MB baru Kedah memang open minded & ada ciri-ciri tokoh pemikir

Saturday, March 29, 2008

UUM Hari Ini

Aku baru je balik dari UUM, 29 Mac 2008, melawat adik ipar kat Kem PLKN Sintok..tengok kat sumgai depan kem tu teringat kena dera berendam ngan pakngah & lalok, masa kursus motivasi tingkatan 6 SM dato Syed Omar 1996. Pakngah ingat lagi tak ngan lalok..
Masuk je UUM hari ni, Terasa macam masuk U lain,,,banyak sungguh berubah

-UK dah pakai uniform biru macam polis
-Dah ada litar gokart tetap..siap pavilion lagi..
-Tak nampak dah perkataan sekolah, yang ada fakulti.
-Yang ketara Pusat Kegiatan Pelajar (PKP) dah takdak..yang ada Pusat Budaya & Seni..


Sempatla iktikaf dan solat zuhur kat masjid..
Yang tuje yang berubah dan tengok..Lalu je kat tapak konvo, nampak la tasik yang penuh dengan sejarah dan kenangan..dan perahu panjang yang penuh ceritera masih setia di situ

Tuesday, March 18, 2008

Happy Birthday Dinnie!

Sedar tak sedar dah dua kali puteri kesayangan kami sambut hari lahir..Tanggal 17 Mac datang lagi.

Kali pertama sebagai anak tokey kedai, kali ni sebagai anak tok penghulu pulak..

Meriah sungguh malam tu, siap bakar sate, ikan, kerang pun ada.

Tengokla dinnie, suka dia kalut nak tiup lilin

Saturday, March 15, 2008

PRU ke 12




Hari ini dalam sejarah (Pilihanraya UMUM ke 12)

Alhamdullilah, semuanya sudah selesai,,biarpun keputusan amat mengejutkan tapi itu adalah pilihan rakyat, so..terima je lah dengan hati terbuka..Mula-mula risau juga sebab penghulu ni di bawah kerajaan negeri, tapi bila MB baru Kedah bagi jaminan kekalkan jentera kerajaan, barula leh tido lena.
PRU ke 12 ni telah meninggalkan satu pengalaman yang amat berharga, maklumla dilantik sebagai PENOLONG PEGAWAI PENGURUS (ARO) yang handle undi pos..Rumit juga prosedur nak keluarkan & nak kira undi pos.. Bayangkan nak keluarkan lebih 1800 kertas undi kena guna 24 orang kerani dan 2 orang pembantu ARO. Itu belum nak layan kerenah 18 orang agen calon, tambah-tambah agen Keadilan dan Pas, banyak benar komplen depa ni.
Kerja Undi Pos ni start sehari selepas penamaan, kira tempoh berkempen tu kami duk proses kertas undi je, sampaikan ada yang tak reti bahasa, dah hari mengundi pun ada yang baru hantar Borang 1 untuk minta undi pos, yang tu reject je la, kuasa mutlak ARO, bila lagi nak tunjuk kuasa kan.
Hari mengira kertas undi lagi tekanan. Rupa-rupanya dekat 30 peratus anggota polis dan PGA ni tak berminat nak mengundi tapi bila dipaksa oleh pihak atasan, sampaila kat kami kertas undi yang kosong, pangkah semua calon, tukar dengan kawan di parlimen lain. Pening ARO dibuatnya. Last-last ambil jalan senang, reject je kertas undi tu.. Yang leceh kena buat laporan kat Bukit Aman lak tu. Tapi nama pengundi tetap rahsia, Cuma buat laporan berapa yang rosak je..(takleh dedah lebih2 sebab dan buat sumpah kerahsiaan)
Berkat doa semua orang, proses undi pos bagi Parlimen P18 Kulim-Bandar Baharu telah selamat berjalan. Terima kasih kepada semua terlibat dan terima kasih kepada Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu kerana memberi kepercayaan kepada tok penghulu dia ni untuk memegang title ARO.

Thursday, March 13, 2008

Selamat Datang!!!!!



Assalamualaikum..
Sebelum apa-apa cerita, meh lah berkenalan ngn family dulu...
Tengokla gambor kat profile..
yang baju nurse tu org umah,, Mashitof namanya.. cantik tak?
yang comel pakai gaun tu dinnie syahmina,,17.3.2008 genapla 2 tahun umur dia.

Puteri kecil ni pantang nampak kamera..possing sakan..