Saturday, March 15, 2008

PRU ke 12




Hari ini dalam sejarah (Pilihanraya UMUM ke 12)

Alhamdullilah, semuanya sudah selesai,,biarpun keputusan amat mengejutkan tapi itu adalah pilihan rakyat, so..terima je lah dengan hati terbuka..Mula-mula risau juga sebab penghulu ni di bawah kerajaan negeri, tapi bila MB baru Kedah bagi jaminan kekalkan jentera kerajaan, barula leh tido lena.
PRU ke 12 ni telah meninggalkan satu pengalaman yang amat berharga, maklumla dilantik sebagai PENOLONG PEGAWAI PENGURUS (ARO) yang handle undi pos..Rumit juga prosedur nak keluarkan & nak kira undi pos.. Bayangkan nak keluarkan lebih 1800 kertas undi kena guna 24 orang kerani dan 2 orang pembantu ARO. Itu belum nak layan kerenah 18 orang agen calon, tambah-tambah agen Keadilan dan Pas, banyak benar komplen depa ni.
Kerja Undi Pos ni start sehari selepas penamaan, kira tempoh berkempen tu kami duk proses kertas undi je, sampaikan ada yang tak reti bahasa, dah hari mengundi pun ada yang baru hantar Borang 1 untuk minta undi pos, yang tu reject je la, kuasa mutlak ARO, bila lagi nak tunjuk kuasa kan.
Hari mengira kertas undi lagi tekanan. Rupa-rupanya dekat 30 peratus anggota polis dan PGA ni tak berminat nak mengundi tapi bila dipaksa oleh pihak atasan, sampaila kat kami kertas undi yang kosong, pangkah semua calon, tukar dengan kawan di parlimen lain. Pening ARO dibuatnya. Last-last ambil jalan senang, reject je kertas undi tu.. Yang leceh kena buat laporan kat Bukit Aman lak tu. Tapi nama pengundi tetap rahsia, Cuma buat laporan berapa yang rosak je..(takleh dedah lebih2 sebab dan buat sumpah kerahsiaan)
Berkat doa semua orang, proses undi pos bagi Parlimen P18 Kulim-Bandar Baharu telah selamat berjalan. Terima kasih kepada semua terlibat dan terima kasih kepada Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu kerana memberi kepercayaan kepada tok penghulu dia ni untuk memegang title ARO.

No comments: