Saturday, June 14, 2008

Malaysia Hari Ini

Sana sini orang berbicara tentang fenomena kenaikan harga minyak. Harga minyak naik bermakna, harga barangan lain juga turut naik. Berapa ramai yang berfikiran positif mengenai kenaikan ini? Bukankah segalanya ketentuan Allah SWT. Dan bukankah segala kejadian mempunyai hikmahnya. Rasanya semuanya sudah tahu bahawa rezeki masing-masing telah tertulis sejak ditulis di Luf Mahfuz lagi, Cuma peranan kita sahaja untuk meneroka dan berusaha untuk menghasilkan rezeki yang telah dijanjikan kepada Allah kepada kita. Pastinya Allah tidak akan menganiayakan hamba-Nya. Ini hanyalah sedikit ujian dan dugaan yang diberikan oleh-Nya agar kita bersyukur kepada segala kemudahan dan kenikmatan yang diperolehi selama ini.
Selama ini kita sering dilalaikan dengan kemudahan dan kesenangan yang berlimpah ruah. Hiburan menjadi pilihan harian. Hari ini AF, esok JomHeboh, lusa belum tahu lagi dan akhirnya penghuni masjid dan surau hanya tinggal golongan yang hanya menunggu masa dijemput ajal.
Jadi, patutkan kita yang beragama Islam ini turut sama merungut dengan kenaikan ini, sama-sama memprotes dan membuat perhimpunan yang tiada penyelesaian dan tidak dapat mengubah apa-apa??
Seperti kata Nabil.... “Lu fikirlah sendiri!”

No comments: