Tuesday, December 23, 2008
BERTEMU KEMBALI
*Baru saja selesai kenduri dua-dua adik perempuan, dibuat serentak
*Laptop rosak.
*Jeles sebab blog kawan-kawan dah canggih manggih, blog abang depa ni duk ketinggalan zaman.
Insyaallah pada tahun 2009, blog ini akan kembali aktif..
Kepada teman-teman seperti chamang, VP dan cherryjubly, menghilang bukan bermakna melupakan.
Friendship forever.
Saturday, August 30, 2008
Friday, August 15, 2008
TITAH KDYMM TUANKU SULTAN KEDAH
PASTIKAN PENGHULU DAPAT TEMPAT DI HATI MASYARAKAT
Oleh Izwan Abdul Halim
LANGKAWI, 6 Ogos - Institusi Penghulu perlu memberi keutamaan dan penambahbaikan kepada aspek pengetahuan, kemahiran, kepimpinan dan agen perubahan serta sikap agar terus mendapat tempat di hati masyarakat.
Demikian saranan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah yang menyampaikan titah ucapan pada Majlis Santapan Malam Bersama KDYMM Tuanku Sultan Kedah Sempena Persidangan Penghulu Penggawa Semenanjung Malaysia Kali Ke-34 di Bayview Hotel di sini.
Dalam titah ucapannya itu, Baginda melahirkan rasa bangga kerana institusi itu masih lagi kekal dan tidak hilang ditelan arus perubahan masa walaupun terpaksa melalui pengubahsuaian.
Titah Tuanku Sultan, status dan bidang kuasa Penghulu telah berubah sejajar dengan perubahan zaman dan kemajuan yang telah dicapai oleh negara.
"Kini pentadbiran Penghulu lebih menjurus kepada pentadbiran berbeza dengan corak pemerintahan suatu ketika dahulu, bersesuaian dengan senario pada masa ini. Ciri tradisional masih lagi dikekalkan.
"Penghulu masih lagi menjadi jambatan penghubung di antara Kerajaan dengan rakyat serta sebaliknya. Peranan penghulu lebih menjurus kepada melicinkan pentadbiran daerah hingga ke akar umbi," titah Baginda.
Melanjutkan titah, Tuanku Sultan memperakui bahawa Institusi Penghulu telah memberi penumpuan kepada peningkatan sosio ekonomi masyarakat luar bandar, membina prasarana, membasmi kemiskinan, buta huruf dan menggalakkan celik IT bersesuaian dengan keperluan semasa, selain menjadi agen pembangunan dan perpaduan masyarakat.
"Beta berdoa agar institusi akan sentiasa dalam perlindungan Allah dan terus unggul serta berkekalan sebagai nadi penting dalam pentadbiran sistem Perkhidmatan Awam Malaysia," titah Baginda mengakhiri ucapan.
www.kedah.gov.my
Tuesday, July 29, 2008
Sedim Dalam Kenangan
tree top walk, terjun titi cina, rafting, makan durian tetap jadi.
Yang lain mungkin sibuk dengan urusan masing-masing.
Cuma rugi le kepada sapa-sapa yang tak dapat join,tak tau betapa meriahnya hari tu,
pendek kata memang rugile. Tapi takpe, laim kali kita atur lain.kenangan di Titi Cina, Sedim
Thursday, July 24, 2008
Lagi Le Bangga
MAJLIS SANTAPAN MALAM DIRAJA
Semua raja melayu yang datang dan terasa diri ini amat bertuah apabila ditugaskan mengiringi Sultan Selangor dan rombongan. berasale konvoi dengan motorkad sultan,siap dengan rider polis lagi, memang layanan tahap VVIP le. Siang sambut tuanku kat airport, pastu iring balik ke hotel.
Malamnya yang paling penting, acara kemuncak jubli emas. dapat le masuk sekali state bonquet tu, leh la tengok sultan-sultan termasuk Sultan Brunei dan dua permaisurinya. sambil dinner leh tengok Ruth Suhanaya menyanyi. tapi sebelum dinner abis kena keluar awal sebab nak kena standby kat airport, sultan selangor balik malam tu juga. pukul 2 pagi baru sampai hotel. Satu hari yang meletihkan tapi paling bermakna dalam hidup. tak dapat berkenalan dengan tuanku sultan, dapat berkawan dengan pegawai-pegawai kanan tuanku kira ok la. dinner set, made in england
Wednesday, July 16, 2008
Bangganya........
Dalam ribuan pegawai yang ada kat Kedah ni, cuma 150 orang je yang terpilih,
bangganya, bangganya..
Pastu kiri kanan jalan dekat 50k orang duk tengok, mau kena kontrol abis macho yang sedia macho ni..Sapa yang tengok tv tau le betapa meriahnya pagi tu.
Ada gajah, ada kuda, ada bantera selapis suasa..
Inilah saat paling manis sejak jadi penghulu ni. Sejarah ni takkan berulang dah, Agak-agak kita leh ke bertahan 50tahun lagi,,,,,?
p/s mana lebih ensem, penghulu ke gajah, hehehe
Sunday, July 13, 2008
Sejarah Tercipta
Friday, July 11, 2008
Rezeki-rezeki
tengokla rambutan ni, merah-merah, rapuh lak tu. dua bekas ni baru ambil kat satu dahan semalam, bayangkan hasilnya sebatang pokok, buah standard leh jual seikat Rm6, kira yang best le tu.
nak rasa ?
mai le ke mukim relau, bandar baharu, kedah
Friday, July 4, 2008
bermulanya sebuah kisah
suami : syg, ingat lagi tak macamana kita kenal?
isteri : awat abg ni, duk tak duk, ingat cerita lama
suami : saje je, teringat kenangan lama. rasanya kalau member kita tak kenalkan mesti kita tak jumpa kan.
isteri : kat kedai abg tu le kita kenal kan. banyak rasanya jasa kedai tu kan.
suami : ya la, time tu kita dua, dua free, suka sama suka,kira on je la.
isteri : nak kata bercinta, sepanjang kita duk kawan tak pernah pun duk jiwang-jiwang, tau-tau abg ajak bertunang.
suami : abg rasa spageti ngan yang abg buat dan hantar kat kolej sayang dulu yang tackle sayang
isteri : ish abg ni, tp tak sangkakan abg pandai masak
suami : biasala..hehehe. (sambil menahan idung yang semakin kembang)
isteri : sat saja rasa, dh dekat 4 tahun kita kahwin kan, anak pun dah 2 tahun lebih.
suami : semoga kita berbahagia hingga akhir hayat..jom makan makaroni bakar abg buat tu.
tamat..
inilah para pelakonnya..jangan marah ye
Monday, June 30, 2008
Satu minggu yang sibuk...
tp yang letihnya tok penghulu la,,hari-hari ada yang mai nak cop sijil, minta jadi saksi perjanjian,,
nak buat camnerkan,,"Saya yang menurut perintah"
celah-celah tu duk kalut nak lantik ketua kampung baru ganti JKKK lama, maklumle kan kerajaan negeri la ni P.A.S...kena ikut je la.
duk belum kira kalut duk masuk dusun orang nak cari durian,,,
mai le relau ni, buah tengah menjadi,,makan sampai demam.
Sapa-sapa yang cadang pi sedim 27hb ni untung la, kena musim buah lak tu.
Kita jumpa di sana,,,
Tuesday, June 24, 2008
Mana Idea Ni...
Saturday, June 14, 2008
Malaysia Hari Ini
Selama ini kita sering dilalaikan dengan kemudahan dan kesenangan yang berlimpah ruah. Hiburan menjadi pilihan harian. Hari ini AF, esok JomHeboh, lusa belum tahu lagi dan akhirnya penghuni masjid dan surau hanya tinggal golongan yang hanya menunggu masa dijemput ajal.
Jadi, patutkan kita yang beragama Islam ini turut sama merungut dengan kenaikan ini, sama-sama memprotes dan membuat perhimpunan yang tiada penyelesaian dan tidak dapat mengubah apa-apa??
Seperti kata Nabil.... “Lu fikirlah sendiri!”
Tuesday, June 10, 2008
Suatu Perjalanan
29-31 Mei 2008 -Langkawi
2-4 Jun 2008 - BTN Kulim
6-7 Jun 2008 - Gerik
Jauh perjalanan, luas permandangan, bertambah pengalaman. Terkenang zaman kegemilangan masa UUM dahulu. Banyak pulau, sungai dan laut ditawan. Suatu tempoh yang mengajar erti kehidupan dan persahabatan. Friend Forever!!!!
Sesuatu yang tak ternilai harganya. Kini, biarpun zaman sudah berubah, usia pun semakin beranjak pergi, perjalanan pasti tetap diteruskan walaupun rentaknya mungkin tidak sama tetapi destinasinya tetap sama, menuju ke arah kehidupan terbaik di dunia dan juga akhirat.
Wednesday, June 4, 2008
Sahabat BTN ( 2- 4.6.08)
Sekali sekala serius le pulak....
Saturday, May 31, 2008
Langkawi PuLak...
Ni yang syok jadi penghulu...jenuh berjalan, lagi best leh bawa family. Mana nak cari feri ditanggung, hotel free,,makan takyah pikir,,bawa duit shopping dan berjalan je..
Boleh tengok penguin kat underwaterworld dan beli cokelat kat Ismail Group.
Bahagia tengok dinie suka & wife happy.
Seperti tag line iklan kad kredit,,
Membuatkan orang tersayang gembira– tak ternilai harganya!!!
Tuesday, May 13, 2008
Family Day Pejabat Daerah Bandar Baharu
Esoknya ada sukaneka kat Carnivall Theme Park. Boleh mandi-mandi, rendam-rendam dan makan-makan. Tapi hari ini memang juga hadiah, acara bawa bola celang kangkang dan passing rubber ben dengan straw kat mulut.
Thursday, May 8, 2008
Trip To KL
Sempatla ke Tasik Permaisuri dan pekena sate kajang Hj Samuri. Malamnya ronda-ronda kat downtown. Lain kali kena datang lagi, dinnie teringin naik Eyes of Malaysia. Sat sangat, nk jumpa kawan-kawan pun takdan
Tuesday, April 29, 2008
Kursus Induksi
Bertemu kembali, 3 minggu lamanya berkurung berkursus induksi umum ( 8 April - 24 April 2008) kat hotel Grand Crystal, Alor Star. Satu pengalaman yang amat menarik, bergabung dengan pegawai tadbir negeri kedah dan bersama doktor-doktor di kursus kenegaraan di BTN Kulim. sempat la dilantik timbalan penghulu, incharge padang kawad sampai habis suara bagi arahan kawad. Tapi best, bos-bos dan dotor-dok tor kena ikut arahan penghulu ni. Suruh berhenti depa berhenti,suruh jalan, depa jalan. Sebelum bos-bos ni arahkn kita buat kerja, kita arahkan depa dahulu. Bangga wo.. Sayang sungguh, time2 penting ni kamera rosaklak, tak dapat la amik pic duk bagi arahan tu. La duk kalut buat assigment le pulak.
Harap2 cepatla dapat confirm
Sunday, March 30, 2008
Pertemuan Bersejarah
Buat pertama kalinya dalam sejarah YAB Menteri Besar Kedah, Ustaz Hj Azizan abd Razak telah sudi bertemu dan beramah mesra dengan penghulu-penghulu Negeri Kedah pada 30 Mac 2008, Siap lunch lagi..
Dan yang paling sejarah, Ucapan aluan Presiden Kesatuan penghulu/penggawa kedah telah dibuat oleh PENGHULU RELAU, aku le tu.. Ayat mau power beb, antara ayat power ialah
“Suka saya memaklumkan bahawa kesatuan penghulu/penggawa semenanjung caw negeri kedah berdiri teguh di belakang barisan pentadbiran negeri Kedah hari ini tanpa mencampuradukkan elemen kepartian, sesuai dengan konsep bekerja dengan government of the day. Seperti jentera kerajaan yang lain, penghulu-penghulu juga tiada masalah untuk menjalankan tugas dan bekerjasama dengan kepimpinan YAB Ustaz.”
Biasala ayat cari makan macam tu le,,,ikut keadaan semasa.
Saturday, March 29, 2008
UUM Hari Ini
Aku baru je balik dari UUM, 29 Mac 2008, melawat adik ipar kat Kem PLKN Sintok..tengok kat sumgai depan kem tu teringat kena dera berendam ngan pakngah & lalok, masa kursus motivasi tingkatan 6 SM dato Syed Omar 1996. Pakngah ingat lagi tak ngan lalok..
Masuk je UUM hari ni, Terasa macam masuk U lain,,,banyak sungguh berubah
-UK dah pakai uniform biru macam polis
-Dah ada litar gokart tetap..siap pavilion lagi..
-Tak nampak dah perkataan sekolah, yang ada fakulti.
-Yang ketara Pusat Kegiatan Pelajar (PKP) dah takdak..yang ada Pusat Budaya & Seni..
Sempatla iktikaf dan solat zuhur kat masjid..
Yang tuje yang berubah dan tengok..Lalu je kat tapak konvo, nampak la tasik yang penuh dengan sejarah dan kenangan..dan perahu panjang yang penuh ceritera masih setia di situ
Tuesday, March 18, 2008
Saturday, March 15, 2008
PRU ke 12
Alhamdullilah, semuanya sudah selesai,,biarpun keputusan amat mengejutkan tapi itu adalah pilihan rakyat, so..terima je lah dengan hati terbuka..Mula-mula risau juga sebab penghulu ni di bawah kerajaan negeri, tapi bila MB baru Kedah bagi jaminan kekalkan jentera kerajaan, barula leh tido lena.
PRU ke 12 ni telah meninggalkan satu pengalaman yang amat berharga, maklumla dilantik sebagai PENOLONG PEGAWAI PENGURUS (ARO) yang handle undi pos..Rumit juga prosedur nak keluarkan & nak kira undi pos.. Bayangkan nak keluarkan lebih 1800 kertas undi kena guna 24 orang kerani dan 2 orang pembantu ARO. Itu belum nak layan kerenah 18 orang agen calon, tambah-tambah agen Keadilan dan Pas, banyak benar komplen depa ni.
Kerja Undi Pos ni start sehari selepas penamaan, kira tempoh berkempen tu kami duk proses kertas undi je, sampaikan ada yang tak reti bahasa, dah hari mengundi pun ada yang baru hantar Borang 1 untuk minta undi pos, yang tu reject je la, kuasa mutlak ARO, bila lagi nak tunjuk kuasa kan.
Hari mengira kertas undi lagi tekanan. Rupa-rupanya dekat 30 peratus anggota polis dan PGA ni tak berminat nak mengundi tapi bila dipaksa oleh pihak atasan, sampaila kat kami kertas undi yang kosong, pangkah semua calon, tukar dengan kawan di parlimen lain. Pening ARO dibuatnya. Last-last ambil jalan senang, reject je kertas undi tu.. Yang leceh kena buat laporan kat Bukit Aman lak tu. Tapi nama pengundi tetap rahsia, Cuma buat laporan berapa yang rosak je..(takleh dedah lebih2 sebab dan buat sumpah kerahsiaan)
Berkat doa semua orang, proses undi pos bagi Parlimen P18 Kulim-Bandar Baharu telah selamat berjalan. Terima kasih kepada semua terlibat dan terima kasih kepada Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu kerana memberi kepercayaan kepada tok penghulu dia ni untuk memegang title ARO.